APAKAH ITU KARAT?
Salam Sejahtera, Salam 1 MALAYSIA
Hari ini saya nak berkongsi pengetahuan tentang apakah itu ‘karat’? Terma yang selalu kita dengar apabila ingin tahu ketulenan emas.
Emas biasanya dikira dengan karat, iaitu bahagian emas dalam suatu produk emas. Emas tulen adalah 24 karat. Jadi, 18 karat ialah 18/24 daripada 100 peratus emas atau 75 peratus emas. Bahagian 25 peratus lagi terdiri daripada logam lain yang mungkin boleh jadi perak, tembaga, zink atau paladium.
Tujuan utama menambahkan logam lain ialah untuk menguatkan produk itu (emas tulen adalah lembut).

I-Series keluaran Public Gold berketulenan 22 karat (916)
Secara alternatifnya, kandungan emas boleh dikira melalui ‘ketulenan’ iaitu kandungan emas dalam bahagian-bahagian setiap ribu, sebagai contoh 750 (iaitu 75 peratus atau emas 18 karat).
Untuk pengetahuan anda, carat (yang dieja dengan huruf ‘c’) pula ialah ukuran bagi mengukur berat batu berharga terutamanya permata.
Jadual di bawah menunjukkan skala karat yang berlainan dan kandungan emasnya dalam peratus dan ketulenan seperti diterima pakai oleh standard antarabangsa.
Karat | Kandungan Emas (%) | Ketulenan |
---|---|---|
24 | 99.9 | 999 |
22 | 91.6 | 916 |
18 | 75.0 | 750 |
14 | 58.5 | 585 |
Johnny Kuntel
Public Gold Authorised Dealer
No comments:
Post a Comment