Sunday, 2 October 2011

PEMBELI BERALIH KEPADA LOGAM PERAK, DENGAN PENINGKATAN HARGA LOGAM EMAS


Dilaporkan oleh Dilip Kumar Jha / Mumbai Ogos 20, 2011.

Peniaga membuat taruhan besar terhadap perak sebagai pembetulan dengan emas.

Oleh kerana harga emas semakin, dan lebih berisiko pada tahap yang sangat tinggi ini, peserta pasaran bimbang dengan pembetulan yang akan berlaku di dalamnya. Ini telah mendorong spekulator dan peniaga fizikal membuat taruhan besar pada perak.

Di Zaveri Bazar, peniaga-peniaga barangan kemas telah mula membuat tempahan pada logam perak kapasiti mereka, menolak untuk premium Rs 1,000-2,000 per kg ke atas kos import. Pada Jumaat lepas, Mumbai, emas telah mencatatkan dengan kenaikan Rs 960 per 10g kepada Rs 27.750, manakala perak naik Rs 2255 kepada Rs 63.800 per kg.

Sebabnya amatlah jelas," kata Lalit Jagawat, pemilik kepada Nakoda Bullion, merupakan peniaga yang terkemuka. "Emas tidak memegang potensi untuk kembali lagi. Apa-apa pembetulan dalam harga akan mengambil kerugian kepada kami, sebagai logam dengan harga yang begitu mahal selepas kenaikan dengan harga yang baru dan kian meningkat hari demi hari untuk beberapa bulan yang lalu. Perak, sebagai perbandingan, merupakan logam yang mampu beli. Oleh itu, peniaga-peniaga kini lebih cenderung ke arah logam perak."

Logam Emas meningkat kepada harga yang TERTINGGI dengan harga Rs 27.950 per 10g semasa diniagakan pada awal petang di Mumbai. Dari segi rupee dan dolar, emas telah meningkat 34.3 peratus dan 31.4 peratus, sejak 1 April. Ini disebabkan krisis hutang yang berterusan di Kesatuan Eropah (European Union) dan kebimbangan bahawa ekonomi AS mungkin tergelincir kembali ke dalam kemelesetan. Emas telah meningkat sebanyak lima peratus pada MCX selepas sesi New York dibuka pada hari Jumaat.

Di London, "spot gold" telah mencecah dengan rekod baru iaitu USD1.877 per oz. Emas yang diniagakan pada pasaran hadapan AS, telah bangkit sebanyak dua peratus kepada rekod sebanyak $ 1.880 oz. Kenaikan ini menyebabkan pelabur-pelabur sekali lagi mencari perlindungan dari kegelisahan ekonomi pada logam berharga seperti emas dan perak.

Menurut Anand James, Ketua Penganalisis bagi Geojit Comtrade, logam emas terus menjadi tarikan kepada para pelabur, menyebabkan harga emas melonjak kepada paras baru yang tertinggi dalam sejarah dunia. Ini adalah disebabkan oleh kebimbangan yang berterusan mengenai hutang zon euro dan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat.

Harga logam perak terus kekal dan berdaya tahan. Logam perak memberi kenaikan harga sebanyak 11,45 peratus sejak 1 April 2011. Harga “Spot Silver” diperdagangan di London dengan harga USD$ 42.14 per auns (oz). Di Mumbai, seperti yang dinyatakan sebelum ini, perak ditutup pada harga Rs 63,800 per kg, dengan peningkatan sebanyak Rs 2255 dari semalam.

Musim perayaan ini akan melihat lebih banyak permintaan bagi produk perak, termasuk duit syiling dan jongkong @ “silver bar”. Sebagai pedagang, mereka lebih berminat pada produk yang boleh menawarkan pulangan yang tinggi. Peniaga-peniaga MENJANGKAKAN logam perak AKAN mencecah Rs 73,000 kg dalam tempoh tidak lama lagi, kata Jagawat. Peniaga Bullion telah menangguhkan pembelian emas dalam tempoh terdekat, ini disebabkan dengan jangkaan kepada pembetulan harga di antara logam emas dan perak.

"Secara umumnya, permintaan perayaan untuk emas bermula seminggu sebelum Raksha Bandhan (Ogos 13). Pada tahun ini, belum pernah kelihatan dengan permintaan sebegini, disebabkan oleh kenaikan harga yang terlalu tinggi, "kata Rahul Mehta, Pengarah Urusan Silver Emporium, artifak pengeluar perak terkemuka dan peruncit di Mumbai.

Silver Emporium di Mumbai, merancang untuk melabur Rs 50-crore dengan menubuhkan empat pasaraya yang besar di India Selatan dalam mengembangkan penjualan runcit. Memandangkan permintaan yang semakin meningkat, pereka artikel perak pada syarikat mereka, akan menggandakan lagi kapasiti mereka.

No comments:

Post a Comment