Tuesday, 22 November 2011

PROMOSI TERKINI PUBLIC GOLD:
Gold Bar x-change Programme

Peluang terbaik untuk menukar gold bar yang anda miliki (apa jua jenis) dengan jongkong emas/silver keluaran Public Gold!~

Kelebihan:
  1. Public Gold membeli emas x-brand (jongkong @ barang kemas gred 999.9 (24 karat) pada harga PG BUY 10 gram.
  2. Public Gold membeli emas x-brand (jongkong @ barang kemas gred 916 (22 karat) pada harga PG BUY i-series 10 gram.
  3. Sangat tinggi jika dibandingkan dengan harga yang diambil oleh kedai emas.
  4. Pemegang x-brand boleh menjadi authorized dealer Public Gold jika jumlah melebihi RM20,000
  5. Public Gold mempunyai spread terendah di Malaysia
  6. Guaranteed buy back!
Terms & Conditions

Hubungi saya segera di 013-8024150 Johnny jika ada sebarang pertanyaan.

Seminar NOVEMBER: Peluang Perniagaan Emas Public Gold

JUMAAT
25/11/2011

0830-1030PM
Peluang Perniagaan Bersama Public Gold
Kuching, Sarawak
Public Gold Kuching Branch, Jln. Kulas.

Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini?

Seminar ini adalah PERCUMA.
Tetapi sebelum datang kena register @ mendaftar tempat terlebih dahulu.
Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 013-8024150 (Johnny) butiran-butiran berikut
1. Taipkan SEMINAR: Nama penuh
2. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda
Contoh SMS:
SEMINAR: Messi, Kuching.
Jika hendak register lebih dari 1 tempat duduk, hantar SMS seperti ini:
SEMINAR: tempah 4 seat, 1. Messi, 2. Alonso, 3. Ronaldo , 4. Villa, 25/11/2011. Kuching, Sarawak.
Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak (biasanya ramai yang ingin menyertai Seminar seperti ini & tempat terhad.  Harap maklum).
Apa faedah datang ke seminar ini?
Penceramah: General Manager, Public Dinar (Public Gold Int. Berhad), En. Syukor Hashim
First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas. Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan. Kemudian baru beliau bercerita tentang keuntungan berniaga emas. Jadi, kalau anda ingin tahu selok belok pelaburan emas maka anda wajib hadir seminar ini!!!
 

Friday, 11 November 2011

Pelaburan Emas Yang Menguntungkan Melalui Barang Kemas i-Series
Untuk posting kali ini saya akan menunjukkan contoh barang kemas yang boleh memberikan keuntungan maksima kepada anda. Dengan kata lain, jika anda membeli barang kemas ini maka anda boleh memaksimakan keuntungan anda. Baiklah, saya ingin memperkenalkan contoh barang kemas terbaik untuk pelaburan… iaitu…

Barang Kemas Public Gold i-Series 22K (916).


Sepintas lalu – Rantai leher i-Series Public Gold

Rantai leher i-Series ( i-Series bermaksud Investment Series)
6 tips untuk memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas.
Diantara tips-tips tersebut adalah:
1. Pilih harga barang kemas yang dijual di bawah harga pasaran FGJAM (www.fgjam.org.my)
2. Pilih kedai yang menawarkan kos workmanship yang paling murah (kalau tiada workmanship lagi bagus)
3. Barang kemas tersebut mestilah mempunyai kualiti emas 916 (22K) ke atas.
4. Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis @ halus.
5. Pilih design yang takder batu permata (emas 100%).
6. Pilih kedai yang menawarkan trade-in value yang tinggi.
Untuk pengetahuan anda, barang kemas Public Gold i-Series ini memenuhi kesemua tips-tips diatas. Kita akan lihat satu persatu.
Tapi sebelum itu mari kita berkenalan terlebih dahulu dengan barang kemas i-series.

Pengenalan kepada barang kemas i-series:

Barang kemas i-Series dikeluarkan oleh Public Gold (www.publicdinar.com.my), sebuah syarikat yang menjalankan urusniaga menjual dan membeli jongkong emas, syiling emas, dinar emas, barang kemas dan juga jongkong perak.
Produk i-series merupakan keluaran terkini Public Gold.
Ia bertujuan memberikan peluang kepada pelabur emas untuk mendapat pulangan maksimum melalui barang kemas. Sebelum mengeluarkan barang kemas i-series ini, Public Gold telah membuat penyelidikan yang terperinci bagi menghasilkan barang kemas yang memenuhi ciri-ciri pelaburan emas terbaik dan menguntungkan pembelinya.

Ciri-ciri istimewa barang kemas i-series Public Gold.

Keistimewaan pertama: Harga yang jauh lebih murah berbanding harga FGJAM.
Huraian: Kebanyakan kedai-kedai emas di Malaysia menjual emas mengikut harga FGJAM (www.fgjam.org.my) Contohnya Poh Kong, Tomei, Habib Jewel, Wah Chan dan lain-lain. Pada waktu artikel ini ditulis, harga emas FGJAM untuk emas 916 adalah RM197/gram (iaitu pada 05 November 2011, harga TIDAK termasuk harga UPAH atau WORKMANSHIP, atau singkatannya WS).

Harga emas di kedai emas Wah Chan pada 13/8/2011 adalah RM190/gram.
Namun, harga barang kemas i-series ketika artikel ini ditulis (16/8/2011 1.00 pagi) hanyalah RM174.14 segram! Dengan kata lain pembeli i-Series dapat berjimat sehingga RM15.86 segram.
Memang best :)
p/s: Harga emas untuk barang kemas i-Series berubah setiap 20 minit. Anda boleh memantau harganya di laman web Public Gold Live Price di http://www.publicgold.com.my/liveprice.html

Harga barang kemas i-Series berubah setiap 20 minit.
Keistimewaan kedua: Tidak ada kos workmanship (upah tukang).
Huraian: Kebanyakan kedai emas akan cas anda kos workmanship bila anda membeli barang kemas di kedai mereka. Namun barang kemas i-Series adalah ia tidak mempunyai kos workmanship. Ini adalah satu ciri yang dapat memaksimakan keuntungan kepada pembeli. Anda cuma membayar mengikut harga emas semasa.
p/s: Walaupun tiada kos workmanship, barang kemas i-Series mempunyai kos penghantaran RM20 untuk setiap unit item. Contoh, jika anda membeli rantai leher 100g x 1 unit dan 50 gram x 1 unit, maka kos penghantarannya ialah RM40 (RM20 x 2 unit). Namun begitu kos penghantaran cuma dikenakan kepada pembeli yang mengambil produk ini di luar Pulau Pinang. Jika anda mengambil sendiri barang kemas i-Series ini di pejabat Public Gold di Pulau Pinang maka kos penghantaran tidak dikenakan.
 
Keistimewaan ketiga: Kualiti emas 916 (22 karat)
Huraian: Barang kemas i-series mempunyai kualiti 916 (24 karat). Ia membolehkan barang kemas ini praktikal digunakan untuk pemakaian seharian. Ini kerana emas 916 adalah lebih keras berbanding emas 999.9. Jadi anda mendapat barang kemas yang terbaik untuk tujuan pelaburan dan pemakaian :)
 
Keistimewaan keempat : Design yang padu, tebal dan tahan lasak.
Huraian: Bagi memastikan produk I-series tahan lasak, Public Gold memilih design yang padu dan tebal. Ini bagi mengelakkan produk ini mengalami kerosakan seperti putus, kemek dan bengkok. Ketahanan adalah aspek penting bagi i-Series. Selain itu, design yang padu akan memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila diuji menggunakan mesin densimeter.

Gambar dekat rantai leher i-Series. Tebal, padu dan tahan lasak.

Perbandingan ketebalan rantai leher i-Series 100 gram, 50 gram dan 20 gram dengan paper clip.
Ujian ketulenan emas i-Series menggunakan densimeter.
Apabila diuji menggunakan mesin densimeter, produk i-Series memberikan bacaan ketulenan yang tepat iaitu 22 karat (916). Jadi, ini membolehkan anda mendapat pinjaman maksimum apabila menggadaikan emas i-series di Ar-Rahnu (pajak gadai Islam).

i-Series yang diuji menggunakan densimeter. Tepat 22K (916)
Jadi, bagi mereka yang berminat membuat pelaburan emas + menggunakan emas sebagai pusingan modal + boleh dipakai hari-hari, maka i-series merupakan pilihan terbaik.
Keistimewaan kelima: Design tanpa batu permata. 100% emas padu.
Huraian: Bagi memaksimakan keuntungan, produk i-Series tidak mempunyai batu permata, mutiara dan lain-lain. Ia adalah 100% emas padu. Jadi ini akan memaksimakan keuntungan apabila anda menjual balik i-Series ini kepada Public Gold.
 
Keistimewaan keenam: Susut nilai i-Series cuma 10% sahaja! Sangat kecil.
Huraian: Susut nilai barang kemas i-Series cuma 10% sahaja!
Dengan kata lain, bila anda menjual produk i-Series maka Public Gold akan membelinya kembali mengikut harga PG Buy. Bandingkan dengan susutnilai barang kemas kat kedai emas yang biasanya mencecah 25%.
Jadi pembeli i-Series mendapat keuntungan lebih 15% berbanding membeli barang kemas di kedai emas.
Memang menguntungkan.

Susut nilai i-Series cuma 10% sahaja. Memang kecil.
Kelebihan ketujuh: Boleh digadaikan di Ar-Rahnu bila-bila masa jika memerlukan pusingan modal.
Huraian: Barang kemas boleh digadaikan bila-bila masa di Ar-Rahnu jika anda memerlukan pusingan modal.
Jadi ia membantu anda mendapat tunai segera dengan mudah.
Barang kemas boleh digadaikan dengan mudah di Arrahnu.
Dengan kelebihan-kelebihan diatas, anda akan mendapati bahawa barang kemas i-Series adalah contoh terbaik pelaburan emas melalui barang kemas. Anda akan mendapat keuntungan yang maksima jika membeli barang kemas yang memiliki kelebihan-kelebihan diatas.
Bayangkan, harganya adalah lebih murah, design pula tebal dan tahan lasak manakala susut nilai pula cuma 10%.

Jenis-jenis produk di dalam i-Series.

Jika anda berminat mendapatkan i-Series, Produk i-Series terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
1. Rantai leher
2. Rantai tangan
3. pendant.
Rantai leher i-Series terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
a) 100 gram (berat 100 gram, emas 916, panjang 77 (±) 1 sentimeter)
b) 50 gram (berat 50 gram, emas 916 panjang 52 sentimeter (±) 1 sentimeter)
c) 20 gram (berat 20 gram, emas 916 panjang 52 sentimeter (±) 1 sentimeter)

Rantai leher 20 gram (atas), 50 gram (tengah) dan 100 gram (bawah sekali)
Untuk rantai tangan terdapat 1 jenis sahaja iaitu 10 gram.

Rantai tangan (10 gram, emas 916, panjang 17 sentimeter (±) 1 sentimeter)
Untuk pendant, terdapat 3 jenis berat iaitu 5 gram, 10 gram dan 20 gram.

Pendant terdapat di dalam 3 saiz iaitu 5 gram, 10 gram dan 20 gram.

Bagaimana anda boleh membeli barang kemas i-Series ini?

Anda boleh menempah barang kemas i-Series ini melalui cawangan Public Gold di seluruh negara. Caranya mudah sahaja:
1. Lihat harga emas semasa di laman web Public Gold Niaga...iaitu ditepi laman web saya.
2. Kemudian anda boleh membuat tempahan dengan menelefon/sms saya untuk mengurus penghantaran emas tersebut (paling mudah)....
 
 

Bagi mereka yang menempah untuk mengambil produk di Penang, anda tidak akan dikenakan kos pengangkutan.

Sebahagian cawangan-cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.

Kesimpulan.

1. Emas adalah aset. Jadi, membuat pelaburan emas menggunakan barang kemas tetap menguntungkan anda. Namun anda perlu memilih barang kemas terbaik. Dengan adanya barang kemas i-series, pelabur emas kini boleh memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas.
2. Anda boleh menggunakan spesifikasi i-Series sebagai perbandingan dengan barang kemas di kedai emas. Anda akan mendapati barang kemas i-Series adalah jauh lebih menguntungkan pembelinya.
3. Dengan cawangan Public Gold di seluruh negara, kini anda boleh mendapatkan barang kemas i-Series dengan mudah.
Yang Pasti harga emas sentiasa akan meningkat ..... sama-sama kita bermula sekarang !!!

Apa lagi....call atau sms kepada saya 013-802-4150 : JOHNNY KUNTEL
SEJARAH HARGA FGJAM
Rajah di bawah merupakan sejarah harga emas bagi FGJAM atau dengan kata lain, harga emas yang terdapat di kedai-kedai emas di Malaysia yang bernaung dengan FGJAM @ "Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia"


Tuan-Tuan nilai dan kira sendiri saja la kenaikan harga yang dipapar... kalau nak tanya berapa peratus kenaikan... boleh sms kat sya 013-802-4150 / 019-859-4150 

Tuesday, 11 October 2011

MAKLUMAN UNTUK SEMUA

PERHATIAN:

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA PAPARAN HARGA EMAS & SILVER SEPERTI DISEBELAH KANAN LAMAN INI MENGALAMI SEDIKIT GANGUAN TEKNIKAL DAN SEDANG DALAM PENYELENGGARAAN. URUSNIAGA JUALBELI EMAS & SILVER MASIH BOLEH DIJALANKAN SEPERTI BIASA. UNTUK MELIHAT HARGA EMAS & SILVER TERKINI SILA LAYARI :  www.publicdinar.com.my
UNTUK KETERANGAN LANJUT ANDA BOLEH TELEFON/SMS KE 013-8024150.

SEKIAN, HARAP MAKLUM.

Thursday, 6 October 2011

Peluang Perniagaan Emas dengan Public Gold

Dr. Irfan Khairi dalam buku pertamanya iaitu NOTA JUTAWAN NOTA MOTIVASI menyorot sumber daripada Brian Tracy International yang menyatakan golongan yang menjadi jutawan terdiri daripada 5 kelompok iaitu:
  1. 74% ialah pemilik perniagaan
  2. 10% ialah golongan eksekutif senior yang memanjat tangga korporat.
  3. 10% ialah golongan profesional seperti doktor, peguam, jurutera dan sebagainya.
  4. 5% ialah jurujual berkomisen atau konsultan jualan
  5. 1% ialah pelbagai golongan lain.
Ini bermakna peluang anda amat cerah untuk menjadi seorang yang penuh poket duit melalui perniagaan. 90% punca rezeki adalah daripada perniagaan 10% adalah daripada pekerjaan (makan gaji)
Jadi, jutawan dan perniagaan sangat sinonim: Sebahagian besar daripada jutawan adalah daripada golongan peniaga dan peluang seorang peniaga untuk menjadi jutawan sangat cerah!
Dalam mencapai kejayaan untuk setiap perniagaan yang dilakukan hanya satu sahaja rahsianya, ILMU. Untuk mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan yang diceburi, kita wajib mendalami ilmu perniagaan. Keuntungan perniagaan tidak akan datang bergolek tanpa implementasi ilmu perniagaan yang sempurna.

Melalui rangkaian Public Gold Niaga, saya kongsikan tip-tip perniagaan serta strategi perniagaan secara santai untuk anda fahami dan implementasikan pada perniagaan emas. Sekiranya di ibaratkan perniagaan sebagai satu peperangan, maka, lebih banyak strategi dan tip yang anda implementasikan beerti anda melengkapkan diri anda dengan lebih banyak senjata untuk digunakan dalam medan perang. Kejayaan akan berpihak pada mereka yang lengkap segala aspek.

Tips: Apabila anda menjadi Dealer Public Gold, anda boleh menjual semua jenis Produk PG (jewellery, I-series, Jongkong Emas, Jongkong Perak)

Perhatian .... Ini bukan bisnes MLM (Multi Level Marketing). Akan tetapi sekiranya anda mempunyai network yang besar, itu adalah advantage bagi anda...

Ciptakan multiple streams of income seperti kata-kata Robert Kiyosaki dalam Cash Flow Quadrant:
Berpindah daripada quadrant bekerja kepada quadrant perniagaan dan pelaburan!
  

The letters in each quadrant represents: 

E - for employee
S - for self-employed
B - for business owner
 I  - for investor



Which Quadrant Are You In?..

Apa untung jadi Dealer PUBLIC GOLD


Salam 1 MALAYSIA untuk semua,
Kali ini saya nak share dengan anda semua kelebihan menjadi dealer PG(Public Gold). Di antara kelebihan menjadi Dealer PG adalah:

1. Anda boleh menjual segala jenis produk Public Gold termasuklah Public Dinar, Public Silver, Public Jewellery, Product I-Series dan Gold Bar.
  • Dengan ini anda mempunyai pelbagai jenis pelanggan. Ada customer minat jewellery dan ada yang berminat dengan gold bar sahaja.
  • Sebagai rangkaian Public Gold Niaga anda akan di guide secara peribadi oleh saya bagaimana membuat untung dengan perniagaan emas. Anda nak untung ke tak..
Untung menjadi Dealer datang dari 3 + 1 cara iaitu:
  1. Untung Capital Gain
  2. Untung Komisyen
  3. Untung Buy Back
  4. Untung pelbagai untung...
Untung Pertama: Untung Capital Gain
  1. Semua orang dapat untung ini. Jadi dealer untung, tak jadi dealer pun untung! Dalam erti kata lain untung kenaikan harga emas. Best kan berniaga emas, makin lama di simpan makin mahal! Tak expired dan takkan reput!
         
Kenaikan Harga Emas dalam tempoh 4 tahun ini

Berbalik kepada topik di atas.. Akhbar Berita Harian telah mengeluarkan tentang prediction atau jangkaan harga emas dalam tempoh 2 tahun ini akan mencapai RM202.57 segram!
Maksudnya di sini, kalau anda beli 100 gram emas PG sekarang dalam harga RM16,600. Dalam tempoh 2 tahun ini emas 100 gram yang sama akan mencapai harga RM20,257! Kenaikan sebanyak 22%!!
Mari kita lihat hujah kenaikan harga emas sebelum ini. Mungkin anda terperanjat atau sangsi. Jom saya bongkar rahsia emas yang tidak pernah diketahui oleh kita umumnya di Malaysia.
Ini adalah graf harga emas untuk tempoh dari tahun 2000 hingga hari ini.

Harga Emas dari Tahun 2000 hingga ke hari ini 12/7/2011

Ok, sekarang di sini saya telah tandakan dengan nombor 1,2,3 dan 4 untuk kita lihat pergerakan harga emas.










Harga emas memang mahal dan akan menjadi semakin mahal!~ Semakin lama anda tunggu, semakin mahal anda nak beli..
Ambil nasihat saya, jika duit mencukupi tengok harga semasa dan terus beli. Seperti yang kita lihat di atas, jika saya offer 100gram harga 2 tahun yang lepas iaitu RM10,777 pasti orang ramai berebut nak beli!? Sebab apa? Sebab mereka tahu nilai 100 gram yang sama sekarang adalah RM16,600++ ..
Begitu juga pada 2 tahun akan datang, 100 gram yang sama dijangkakan bernilai RM20,257, kalau saya offer harga hari ini RM16,600 mesti anda nak =) Takkan nak tunggu harga mencecah ke paras ini baru anda tergerak hati nak beli.. Sejarah telah di ungkap.. Keputusan yang perlu dibuat secepat mungkin.
Pelaburan emas/perak jongkong adalah pelaburan komoditi. Jika anda bandingkan dengan pelaburan lain anda silap. Pelaburan utama ada beberapa jenis:
  1. Pelaburan Hartanah – rumah, apartment, tanah.
  2. Pelaburan Stok – Pasaran saham, forex
  3. Pelaburan Mutual Fund, ASB, ASN dll – Pelaburan wang kertas
  4. Pelaburan komoditi – Emas dan Perak fizikal!


Jika kita ada kesemua jenis pelaburan wang kertas anda jangan tersilap berfikir anda dah diversify!~ Ini kerana semua yang dilist out dan kita ketahui sekarang ini semuanya dalam kategori yang sama iaitu Pelaburan Wang kertas. Jadi sekarang, mulakan portfolio pelaburan terbaru anda sekarang iaitu pelaburan komoditi!~

Yang tinggal hanyalah panggilan telefon anda kepada saya di talian 013-8024150 untuk lock harga emas sekarang!


Harga emas mencatatkan peningkatan sebanyak 600% sepanjang 10 tahun kebelakangan ini!

Untung Kedua : Komisyen

Normal Dealer – 1% komisyen
Priority Dealer – 1.5% komisyen
Master Dealer – 2% komisyen
  1. Apabila anda sign up sebagai dealer (RM20,000), pembelian pertama ini terus dikira untuk komisyen sebanyak 1% daripada pembelian anda!
  2. Apabila accumulate sales anda mencapai RM100,000 anda akan di upgrade menjadi Priority Dealerdan layak menerima komisyen 1.5% atas setiap pembelian.
  3. Dan setelah accumulate sales anda mencapai RM500,000 serta introduce 3 orang dealer baru (Priority Dealer) anda akan di upgrade menjadi Master Dealer dan layak menerima komisyen 2% atas setiap pembelian.
Contoh:
  • Chicarito membeli emas 100 gram berharga RM18,500 daripada anda (Normal Dealer). Anda layak menerima 1% daripada jumlah belian Chicarito iaitu sebanyak RM185.00! Jika anda berguru dengan saya anda dapat ilmu untuk mendapat lebih daripada 1% =)
  • Semua pembelian produk Public Gold anda akan dapat komisyen!

Untung Ketiga: Untung Buy Back
I
ni adalah untung yang paling saya gemari iaitu untung buy back! Apa yang dimaksudkan dengan untung buy back mari saya perjelaskan.

Harga Emas Public Gold
  • Jika pelanggan nak beli emas mereka akan refer harga PG SELL.
  • Jika pelanggan emas kita sebelum ini merasakan mereka sudah untung dan nak jual balik jongkong tersebut kepada kita, mereka akan lihat harga PG BUY.
Contoh:
  1. Park Ji Sung telah membeli emas 50 gram pada Ogos tahun lepas. Setahun kemudian bila rasa dah untung dan beliau nak tukar gold bar yang dibeli untuk dapat cash. Dia akan refer harga PG BUY iaituRM8,099.00.
  2. Saya beri Park Ji Sung tunai RM8,099.00 dan saya mendapat emas jongkong 50 gram tersebut.
  3. Lepas tu saya serah emas kepada Public Gold, dapat balik wang saya dengan harga PG Buy ia itu RM8,099 dan saya akan dapat komisyen daripada Public Gold. Best nya.... jual emas ada komisyen, beli balik emas pun ada komisyen.
Inilah untung dealer Public Gold. "Komisyen 2 hala", Beli balik dapat komisyen. Jual atau beli untuk sendiri pun ada komisyen.

Untung keempat: Untung pelbagai untung...

Saya akan tunjukan kepada anda setelah anda beli atau ada EMAS dalam milik anda...

So nak tunggu ape lagi, makin ditunggu makin mahal harga emas. Makin ditunggu makin sedikit emas yang dapat dibeli dengan RM20,000. Call atau SMS saya di 013-8024150

APAKAH ITU KARAT?


Salam Sejahtera, Salam 1 MALAYSIA
 
Hari ini saya nak berkongsi pengetahuan tentang apakah itu ‘karat’? Terma yang selalu kita dengar apabila ingin tahu ketulenan emas.
Emas biasanya dikira dengan karat, iaitu bahagian emas dalam suatu produk emas. Emas tulen adalah 24 karat. Jadi, 18 karat ialah 18/24 daripada 100 peratus emas atau 75 peratus emas. Bahagian 25 peratus lagi terdiri daripada logam lain yang mungkin boleh jadi perak, tembaga, zink atau paladium.
Tujuan utama menambahkan logam lain ialah untuk menguatkan produk itu (emas tulen adalah lembut).

I-Series keluaran Public Gold berketulenan 22 karat (916)
Secara alternatifnya, kandungan emas boleh dikira melalui ‘ketulenan’ iaitu kandungan emas dalam bahagian-bahagian setiap ribu, sebagai contoh 750 (iaitu 75 peratus atau emas 18 karat).
Untuk pengetahuan anda, carat (yang dieja dengan huruf ‘c’) pula ialah ukuran bagi mengukur berat batu berharga terutamanya permata.
Jadual di bawah menunjukkan skala karat yang berlainan dan kandungan emasnya dalam peratus dan ketulenan seperti diterima pakai oleh standard antarabangsa.
KaratKandungan Emas (%)Ketulenan
2499.9999
2291.6916
1875.0750
1458.5585

Johnny Kuntel
Public Gold Authorised Dealer

Monday, 3 October 2011

Robert Kiyosaki Quotes

“We go to school to learn to work hard for money. I write books and create products that teach people how to have money work hard for them.”Robert Kiyosaki Quotes



“I have a problem with too much money. I can’t reinvest it fast enough, and because I reinvest it, more money comes in. Yes, the rich do get richer. “

Robert Kiyosaki Quotes

Sunday, 2 October 2011

Trump Accepts GOLD

Sep 292011

Trump mempunyai nilai kekayaan sebanyak RM6 Billion
“The rent’s too damn high,” to quote Jimmy McMillan, former New York State gubernatorial candidate.
And for Donald Trump, that’s true when it comes to rent in cold hard dollars, given his sharp criticisms of the Federal Reserve’s open fire hydrant of dollar printing and the Obama Administration’s fiscal policies.
Which is why, for the first time ever, Trump will accept today gold bullion instead of dollars for a lease deposit from his newest tenant in one of his marquee properties, 40 Wall Street, a 70-story skyscraper in Manhattan’s Financial District that at one time was the tallest building in the city until the Chrysler Building surpassed it. Trump will accept the gold at an event in the lobby of the Trump Tower at 725 Fifth Avenue.

Trump Tower
Usually, Trump gets a certified check for a security deposit when leasing space in one of his office towers. But we’ll have a ‘First on Fox’ exclusive interview with Trump today as he accepts gold bullion worth about $200,000 from Michael Haynes, chief executive of precious metals dealer APMEX. The gold payment was APMEX’s idea — Trump’s press office says Trump has been bullish on gold due to his concerns about the value of the U.S. dollar.

Donald Trump accepts gold bullion worth about $200,000 from Michael Haynes, chief executive of precious metals dealer APMEX.
The gold is the security deposit for a 10-year commercial lease of the entire 50th floor at 40 Wall Street. The building is also known as The Trump Building. Trump bought and restored the building in 1995.
The gold bars are 0.9999 pure and weigh 32.15 troy ounces each.
APMEX’s lease maths out at about $50 a square foot, says Haynes.

Donald Trump tahu jika beliau masih menerima pembayaran dalam bentuk cash atau wang kertas nilai kekayaannya akan menyusut!
“Trump is a smart guy, and he’ll realize that taking gold is a better idea than taking cash,” Haynes says.
Trump said in a statement: “It’s a sad day when a large property owner starts accepting gold instead of the dollar. The economy is bad, and Obama’s not protecting the dollar at all….If I do this, other people are going to start doing it, and maybe we’ll see some changes.

PIERRE LASSONDE - EMAS AKAN MENYERANG PADA HARGA USD$2000 PER OZ PADA BULAN SEPTEMBER

"Kita telah melihat pembetulan sebanyak 10%, adakah ini akan berakhir atau adakah kita akan melihat 10% lagi? Ini kerana akhir bulan Ogos & September sentiasa sebulan yang baik untuk emas, ini telah berlaku bagi tempoh untuk sepuluh tahun yang lalu iaitu 2001 hingga 2010. Oleh itu saya berpendapat bahawa pembetulan @ correction dari USD$ 1,700, tambah atau tolak USD$20 telah berakhir. Saya fikir kita akan melihat satu lagi serangan ke atas paras USD$2,000 dalam bulan September. Ia mungkin akan kembali dengan beberapa lantunan lagi, anda mungkin akan mendapat beberapa lantunan off bawah ...."



- Pierre Lassonde, via a King World News Interview -

PEMBELI BERALIH KEPADA LOGAM PERAK, DENGAN PENINGKATAN HARGA LOGAM EMAS


Dilaporkan oleh Dilip Kumar Jha / Mumbai Ogos 20, 2011.

Peniaga membuat taruhan besar terhadap perak sebagai pembetulan dengan emas.

Oleh kerana harga emas semakin, dan lebih berisiko pada tahap yang sangat tinggi ini, peserta pasaran bimbang dengan pembetulan yang akan berlaku di dalamnya. Ini telah mendorong spekulator dan peniaga fizikal membuat taruhan besar pada perak.

Di Zaveri Bazar, peniaga-peniaga barangan kemas telah mula membuat tempahan pada logam perak kapasiti mereka, menolak untuk premium Rs 1,000-2,000 per kg ke atas kos import. Pada Jumaat lepas, Mumbai, emas telah mencatatkan dengan kenaikan Rs 960 per 10g kepada Rs 27.750, manakala perak naik Rs 2255 kepada Rs 63.800 per kg.

Sebabnya amatlah jelas," kata Lalit Jagawat, pemilik kepada Nakoda Bullion, merupakan peniaga yang terkemuka. "Emas tidak memegang potensi untuk kembali lagi. Apa-apa pembetulan dalam harga akan mengambil kerugian kepada kami, sebagai logam dengan harga yang begitu mahal selepas kenaikan dengan harga yang baru dan kian meningkat hari demi hari untuk beberapa bulan yang lalu. Perak, sebagai perbandingan, merupakan logam yang mampu beli. Oleh itu, peniaga-peniaga kini lebih cenderung ke arah logam perak."

Logam Emas meningkat kepada harga yang TERTINGGI dengan harga Rs 27.950 per 10g semasa diniagakan pada awal petang di Mumbai. Dari segi rupee dan dolar, emas telah meningkat 34.3 peratus dan 31.4 peratus, sejak 1 April. Ini disebabkan krisis hutang yang berterusan di Kesatuan Eropah (European Union) dan kebimbangan bahawa ekonomi AS mungkin tergelincir kembali ke dalam kemelesetan. Emas telah meningkat sebanyak lima peratus pada MCX selepas sesi New York dibuka pada hari Jumaat.

Di London, "spot gold" telah mencecah dengan rekod baru iaitu USD1.877 per oz. Emas yang diniagakan pada pasaran hadapan AS, telah bangkit sebanyak dua peratus kepada rekod sebanyak $ 1.880 oz. Kenaikan ini menyebabkan pelabur-pelabur sekali lagi mencari perlindungan dari kegelisahan ekonomi pada logam berharga seperti emas dan perak.

Menurut Anand James, Ketua Penganalisis bagi Geojit Comtrade, logam emas terus menjadi tarikan kepada para pelabur, menyebabkan harga emas melonjak kepada paras baru yang tertinggi dalam sejarah dunia. Ini adalah disebabkan oleh kebimbangan yang berterusan mengenai hutang zon euro dan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat.

Harga logam perak terus kekal dan berdaya tahan. Logam perak memberi kenaikan harga sebanyak 11,45 peratus sejak 1 April 2011. Harga “Spot Silver” diperdagangan di London dengan harga USD$ 42.14 per auns (oz). Di Mumbai, seperti yang dinyatakan sebelum ini, perak ditutup pada harga Rs 63,800 per kg, dengan peningkatan sebanyak Rs 2255 dari semalam.

Musim perayaan ini akan melihat lebih banyak permintaan bagi produk perak, termasuk duit syiling dan jongkong @ “silver bar”. Sebagai pedagang, mereka lebih berminat pada produk yang boleh menawarkan pulangan yang tinggi. Peniaga-peniaga MENJANGKAKAN logam perak AKAN mencecah Rs 73,000 kg dalam tempoh tidak lama lagi, kata Jagawat. Peniaga Bullion telah menangguhkan pembelian emas dalam tempoh terdekat, ini disebabkan dengan jangkaan kepada pembetulan harga di antara logam emas dan perak.

"Secara umumnya, permintaan perayaan untuk emas bermula seminggu sebelum Raksha Bandhan (Ogos 13). Pada tahun ini, belum pernah kelihatan dengan permintaan sebegini, disebabkan oleh kenaikan harga yang terlalu tinggi, "kata Rahul Mehta, Pengarah Urusan Silver Emporium, artifak pengeluar perak terkemuka dan peruncit di Mumbai.

Silver Emporium di Mumbai, merancang untuk melabur Rs 50-crore dengan menubuhkan empat pasaraya yang besar di India Selatan dalam mengembangkan penjualan runcit. Memandangkan permintaan yang semakin meningkat, pereka artikel perak pada syarikat mereka, akan menggandakan lagi kapasiti mereka.

Pajak Gadai Konvensional



Pajak Gadai Konvensional

Hari ini saya akan menceritakan mengenai Pajak Gadai Konvensional. Walaupun AR RAHNU merupakan sistem pajak gadai yang TERBAIK di Malaysia, NAMUN masih ramai yang mengunjungi Pajak Gadai Konvensional. Oleh itu, saya akan berkongsi maklumat serta pengalaman saya mengenai Pajak Gadai Konvensional.



















Bunga atau Interest yang dikenakan adalah sebanyak 2% (yang mana kedai pajak gadai yang berdaftar dengan Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan), namun apa yang berlaku pada masa kini adalah kedai-kedai emas menjalankan pajak gadai secara haram. Kedai Emas hanya memerlukan lesen berniaga menjual EMAS, namun mereka juga menjalankan pajak gadai pada tempat yang sama secara haram dan terdapat kes tertentu, mereka mengenakan bunga @ interest sebanyak 3% hingga 10% mengikut jenis dan harga emas tersebut. Jika ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pajak Gadai ( Sila baca Buku Undang Undang Akta 81, Akta Pemegang Pajak Gadai 1972).




















APAKAH ITU PAJAK GADAI?

Fungsi kedai-kedai pajak gadai ialah memberi pinjaman wang tunai keatas barang gadaian bagi tempoh enam bulan dengan faedah 2% sebulan.

ADAKAH AKTIVITI PAJAK GADAI DI BAWAH UNDANG-UNDANG YANG SAH?
YA! Akta Pajak Gadai 1972 telah diluluskan untuk menyeragamkan undang-undang mengenai pajak gadai di seluruh negara. Sebelum itu terdapat Enakmen-Enakmen yang berbeza-beza mengawal aktiviti pajak gadai di tiap-tiap negeri di Semenanjung Malaysia.

APAKAH BARANG-BARANG YANG BOLEH DIGADAI?

Barang kemas menjadi pilihan utama serta jam tangan berjenama dan juga pen berjenama. Selain daripada itu, barangan berharga yang lain contohnya komputer riba atau telefon bimbit tidak boleh dipajak.

APAKAH TAHAP PINJAMAN MAKSIMUM YANG BOLEH DIPEROLEHI DARIPADA PAJAK GADAI?

Pinjaman tidak melebihi RM10,000.00 yang dibenarkan oleh Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.

ADAKAH TERDAPAT SEKATAN TERHADAP WAKTU PERNIAGAAN DAN SEKATAN TERHADAP PENERIMAAN BARANGAN?

Akta Pajak Gadai 1972 menjelaskan dengan jelas tentang sekatan perniagaan iaitu:

• Tidak boleh menerima apa-apa barang antara pukul 6 petang dengan 8 pagi. Tiada boleh mengadakan urusan perniagaan pada waktu tersebut.
• Tidak boleh berurusan dengan sesiapa yang berumur dibawah 18 tahun.
• Tidak boleh berurusan dengan sesiapa yang berada dalam keadaan mabuk atau tidak sempurna akal.
• Tidak boleh menyimpan apa-apa barangan yang mempunyai tanda-tanda hakmilik kerajaan ataupun kerajaan negeri.
• Apa-apa barangan disyaki “dicuri daripada pemilik asalnya”


APAKAH CARA UNTUK MENGADAI DI PAJAK GADAI?

Pemajak gadai dikendaki membawa barangan gadaian tersebut untuk mendapatkan pinjaman. Pemegang pajak gadai haruslah mencacatkan butir-butir transaksi pemajakgadaian dalam buku dena mengelurkan surat pajak gadai.

Contohnya ingin meminjam RM150.00 dengan mengadai seutas cincin emas dengan kadar faedah 2% sebulan dalam tempoh 6 bulan. Jumlah yang dipinjam RM150.00 + faedah 2% (2x6bulan = RM18) = RM168.00

BERAPAKAH KADAR FAEDAH YANG AKAN DICAJ?

Menurut Akta Pajak Gadai 1972 faedah yang dibenarkan ialah 2% atau 24% setahun. Jikalau dicaj selebih daripada jumlah tersebut adalah merupakan satu kesalahan.

TEMPOH UNTUK MENEBUS BARANG GADAIAN?

Tempoh gadaian ialah selama enam bulan, tetapi gadaian juga boleh ditebus pada bila-bila masa. Sekiranya tidak dapat menebus gadaian sebelum tamat tempoh pemajak gadai boleh memberitahu kepada pemegang pajak gadai untuk melanjutkan tempoh masa tidak kurang daripada tiga bulan. Setiap butir lanjutan hendaklah dibuat dalam buku pemegang pajak gadai juga dalam surat pajak gadai.

SEKIRANYA TEMPOH GADAIAN TELAH TAMAT, ADAKAH BARANG GADAIAN MENJADI HAKMILIK PEMEGANG PAJAK GADAI?

Sekiranya pemajak gadai gagal menebus sebelum tamat tempoh, barangan gadaian boleh dilupuskan. Pinjaman yang kurang daripada RM200.00 akan menjadi milik pemegang pajak gadai secara automatik. Jikalau pinjamanya melebihi RM200, ia hanya boleh dilupuskan melalui lelongan awam oleh pelelong berlesen. Pemegang pajak gadai juga boleh membuat tawaran untuk membeli barang gadaian tersebut.

APAKAH PERLINDUNGAN AKTA PEMEGANG PAJAK GADAI 1972 SEKIRANYA GAGAL MENEBUS GADAIAN SEBELUM TAMAT TEMPOH?

Wang lebihan adalah hak mutlak pemajak gadai. Pemegang pajak gadai dikehendaki memberitahu pemajak gadai mengenai jualan itu melalui surat berdaftar dalam tempoh tujuh hari dari had lelongan dan menghantar penyata menunjukan lebihan berkenan.

Jika pemajak gadai tidak menuntut lebihan berkenan dalam tempoh empat bulan, pemegang pajak gadai berkenan dikehendaki membayar wang lebihan tersebut kepada Akauntan Negara (Kerajaan) dalam masa 14 hari. Pemajak gadai masih boleh menuntut lebihan itu daripada Perbendaharaan.

ADAKAH PEMAJAK GADAI MEMPUNYAI HAK UNTUK MEMERIKSA BUKU JUALAN?

Dalam tempoh empat bulan selepas pelelongan,pemegang pajak gadai hendaklah membernarkan pemegang surat pajak gadai itu memeriksa catatan mengenai jualan itu dalam buku pemegang pajak gadai.

SEKIRANYA RESIT PAJAK GADAI HILANG ATAU BINASA, APAKAH HAK PEMAJAK GADAI?
Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 memperuntukan salinan surat pajak gadai diberikan secara percuma dengan tidak berlengah. Walaubagaimanapun, perkara yang biasa yang dipraktikan oleh pemegang pajak gadai ialah meminta pemajak gadai untuk membuat laporan polis dan seterusnya mendapatkan surat sumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah.

ADAKAH BARANGAN GADAIAN DIBERIKAN PERLINDUNGAN OLEH PEMEGANG PAJAK GADAI?

Pemegang Pajak Gadai mempunyai tanggungjawab untuk menjaga barang-barang gadaian itu dengan cermat dan bersungguh-sungguh sebagaimana menjaga harta bendanya. Pmegang Pajak Gadai hendaklah bertanggungjawab bagi kehilangan atau kerosakan barang gadaian Jikalau berlaku romapakan, kebakaran atau malapetaka ke atas kedai pajak gadai sehingga menyebabkan barang gadaian hilang atau rosak. Nilai gadaian itu hendaklah bagi maksud pampasan kepada pemajak gadai itu dikira sebagai satu perempat lebih daripada jumlah pinjaman.

Pemegang Pajak Gadai hanya perlu membayar jumlah pimjaman + 25% lagi kepada pemajak gadai sebagai pampasan. Nilai pampasan tersebut adalah tidak memadai dan juga tidak adil tetapi inilah di peruntukan dalam Akta Pajak Gadai 1972

APAKAH KELEMAHAN PAJAK GADAI?

1. Kadar faedah tinggi iaitu 2% sebulan atau 24% setahun, jauh melebihi kadar pasaran
2. Barang kemas yang digadai, samada cincin, gelang atau rantai biasanya tidak ditimbang atau diukur. Banyak aduan diterima di Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) dimana barang kemas yang digadai itu lebih ringgan atau pendek apabila ditebus. Terdapat aduan yang peniaga pajak gadai sudah kikis sedikit emas daripada barang itu.
o Cadangan: Oleh kerana itu, pemajak seharusnya meminta pemegang pajak untuk merekodkan barangan yang digadai contohnya sebentuk cincin, seutas rantai dan yang paling penting menimbang berat dan mengukur panjang rantai emas tersebut dan meminta butir-butir tersebut dituliskan diatas resit sebelum memberikan barangan tersebut.
3. Andai peminjam gagal menebus dalam tempoh yang ditetapkan, pemegang pajak gadai boleh memiliki nilai gadaian yang kurang daripada RM200, tanpa melantik pelelong berlesen. Akta Pajak Gadai 1972 juga tidak memperuntukan barang gadaian dipamerkan sewaktu leongan awam dilakukan.
o Cadangan: Peruntukan mempamerkan barangan gadaian adalah perlu dijadikan keperleuan mandotori.
4. Terdapat aduan daripada orang ramai berkenan barangan gadaian yang telah dilelong dan punggutan wang lebihan juga tidak diberikan notis seperti yang diperuntukan oleh Akta Pajak Gadai 1972. Ini merupakan satu penganiyaan terhadap pemajak gadai.
5. Jika berlaku rompakan, kebakaran atau malapetaka ke atas kedai pajak gadai sehingga menyebabkan barang gadaian hilang atau rosak, pemegang pajak gadai hanya perlu membayar jumlah cagaran yang ditambah 25% lagi kepada pemajak gadai sebagai pampasan. Itu tidak memadai dan tidak adil tetapi inilah yang diperuntukan dalam akta yang sedia ada.


APAKAH PERBEZAAN MEMAJAK EMAS DI PAJAK GADAI DAN BANK?

Memajak di Institusi perbankan ada kebaikanya, jilakau berlaku malapetaka yang tidak diingini iaitu rompakan ataupun kebakaran, nilai barangan kemas tersebut akan dipulangkan oleh pihak bank berbanding dengan kedai pajak gadai hanya bertanggungjawab memulangakan lebihan pinjaman sebanyak 25% sahaja.